CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

Hidup untuk hidup..


Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan ini sungguh memenatkan.

Apa tidaknya, makin ke hujung semakin sukar.

Sedangkan beban bertambah.Tanggungjawab semakin sarat.

Tetapi apakah ada pilihan selain meneruskannya?

Hidup selagi hidup.

Jangan mati sebelum mati.

HAKIKAT HIDUP

Sering diri diperingatkan, kalau ada masalah di tengah jalan… teruskan perjalanan.

Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul. Ini jalan paling benar, walaupun jalan yang paling sukar. Inilah jalan yang paling singkat, walaupun terasa amat berat.

Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu.

Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran darah adalah modal untuk ibadah.

Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah. Sabar dan syukur adalah pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan.

Tidak gusar bersendirian. Tidak tersasar ketika kesunyian.

Katakan pada diri, ketika kau sepi sendiri, di sisimu sentiasa ada PEMERHATI.



Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepanjang waktu.

Jika datang topeng kepura-puraan, itulah guru yang mengajar erti berhati-hati. Jika mampir bejana kejujuran, kau teguklah ilmu keikhlasan.

“Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik.”

“Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepanjang waktu.“

Jangan berubah pendirian, walau beralih pendekatan. Jadilah wajah yang satu di hadapan yang SATU.

Jadilah dirimu sendiri… insya-Allah kau akan sentiasa menjadi juara.

Tetapi jika kau berlakon, kau bertukar menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama.

Jangan berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.

NIKMATI HIDUP

Bertatih dengan kaki sendiri adalah lebih mulia berbanding bersayap emas milik orang lain.

Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati. Mendongak tidak bongkak, mengalah tidak kalah.

Tidak ada istilah kalah, cuma kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran dan iktibar.

Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini. Menyesal itu bebal, kesal itu bekal.

Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati. Insya-Allah, nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.

Justeru, banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati. Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya Hari Akhirat.

Sesungguhnya hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati.

Katakanlah pada diri, hidup bukan sekali.

Jadi hiduplah selagi hidup…

kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!

Tuesday, January 20, 2009

DiAri Hari Ini..


pagi td...kul 9 lebih gi blik nisak...kitorg dah janji nak gi fotostat n setelkan borang profile oum yg update punyer..then..pi cafe tunggu afi dtg untuk serah kan borang n doc yg bekkenaan kat die sbb die nak terus gi anta kat pn sri..hhu pahtu si nisak ajak aku gi liblary...gi la ngan die...lawak mase tu..kitorg dua2 tak bawak kad liblary..pahtu duduk2 kat bangku depan lib tu kejap..tup2 ade 2,3 org junior lalu depan ktorg...aku terus je tanye "dik,,ade bawak kad lib tak?kitaorg pinjam jap ek..hehe"mcm tak biase lak"..first nisak masuk..then hulur kat aku..aku lak masuk"hehe last2 bagi junior tu balek..masuk2 ternampak aja...aku ajak aja borak2...banyak topik gak,,,crite2.isu2 berbangkit...buat ktorg lawak,, n ketawa..pahtu dlm kul 11 lebih nisak ajak aku balek asrama...lepak blk nisak jap..mls nak balek bilik agih..tak buat pe gak..buhsan sgt...baring2 bilik nisak tup!tup!..msg from izah.."syuk,nanti aku habis kelas,kite ters kuar ar.."then aku reply "ok"after zohor izah jemput aku kat asrama..mintak temankan die gi celcom centre..die nak beli broadband cel..tak sampai stengah jam sampai la kat sane..izah mcm biase la..die takkan biarkan sale man tu belit die..die yg belit awal2..then2..stengah jam kemudiann izah decide nak ambik yg 68 nyer plan..ok la..try la dulu kan...pahtu ktorg gi M.C sb aku tringin nak makan ns ayam berempah..die pun makan skali..pahtu lini lak msg ajak aku kuar "bznye aku"..aku bgtau lini aku ade kat m.c then die ajak kis kuar temankan die..dlm kul 5. 15 izah mintak tlg aku installhkan brodband die kat anjung hikmah jap pahtu die antar aku balek asrama..heheh terlupa nak bagi halmet die punyer..heheh takpe esok die dtg lagi..ermm pahtu gi blk nisak...nisak ajak aku gi aerobik...aku balek2 solat asar then terus kuar..tak sampai 20 minit aku bersiap..sampai kat bukit serindik tgk aerobic dah mula...pahtu rupanye semua ade...zaza,afi, nana , wawa, majie,lini n kis baru gak sampai..hehehe aku pun aerobic la dgn semangatnye selame 45 minit..lepas tu joging jap pusing2 taman then kul 7 ktorg balekkkkkkkk..asrama ler..

Monday, January 19, 2009

peliharalah perasaan dan hati

hari ni..aku cukup kecewa yg segelintir manusia die sekitar aku...hati aku tak pernah ade niat untuk buat or kecik hati..hati aku tak pernah suka men"down"kan org..especially member...hati aku tak pernah suka kepada pergaduhan...hati ku sukakan peace...even ngan org yg pernah membals dendam terhadap aku..tapi aku sering menerima nasib sebaliknye..sering kali aku terjumpa dgn manusia yg suka mencemuhkan hati aku...jawab tak kene..tak jawab tak kene...aku sukakan manusia yg simple..aku suka kepada org yg bertanya kepada ku..dan aku kurang suka kepada manusia yg tak pernah nak dgr pendapat org...yg memandang enteng kepada sesetengah golongan hanye berdasarkan persepsinya yg begitu kukuh di hati mereka..mereka very confident dan berpengaruh..berupaya mempengaruhi org lain..mungkin itu kelebihan yg ade pada diri mereka..tapi bagi ku..mempengaruhi itu bagus..tapi ke jalan mane?ke arah mane?atau hanye sekadar untuk kepentingan diri sendiri..kawan.......lidah lebih tajam dari pedang....harus sentiasa diingati//aku juga mengingatkan diriku juga tentang itu/..aku juga punyer kelemahan..cuma pesan ku disini...jangan sesekali kamu menganiayai sahabatmu....ingat lah Allah itu maha adil...dan hidup ini umpama roda..sekejap kite di atas...di lain masa kite berada di bawah...

Sunday, January 18, 2009

Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa Prechorus: Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta Dan leburkan saja serpihan calar derita Chorus Selamat ulang tahun sayang Kini kau bersayap, pergilah terbang [ Selamat Ulang Tahun Sayang lyric found on www.lirik.tv ] Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita ‘kan bertemu Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan (Strings Bridge) Prechorus Aku hanya inginkan engkau setia Kerana setia yang mencipta bahagiamu Chorus best sgt lagu ni..first time aku dgr mase tengah tunggu my younger bro aku ambik result last year..mse tu dlm kete...syahduu gak..sesuai ngan keadaan aku mase tu...aku teringin sgt org dedicate kan lagu ni nanti birtdhday aku..huhu..

Saturday, January 17, 2009

tag pasal kawin


1. How old are you?
22...

2. Are you single?
not sure...

3. In what age do you think you'll get married?
ermm around 24-25

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
dunno ........:(

5. If not, who do you want to marry?
i dont know tapi sure la bukan girl..hehe

6. Do you want a garden/beach weeding, or the traditional wedding?
grandd..huhu..yg penting ade ros merah n putih..

7. Your ideal motif?
motif ape ek...aku skarang tak de motif kot..

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
nak gi pulau kat korea tu..yg tempat lakonan winter sonata..

9. How many guest do you think you'll invite..
semua yg knal aku ...seramai mungkin

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
tak plan lagi....

11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
ermmm yg sesuai yg kami

12. How many layers of cake do you want to have?
hehehe depend of my future husband...

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
depend kat future hubby..kene bincang luh

14. When do you want to get married, evening or morning?
nak pagi..

15. You's rather have your reception outdoors or indoors?
dua2

16. Do you like a grand entrance for your groom
suke sgt..

17. Name the song/tune you'd like played at your wedding?
byk...nanti la..kite bincang same2 nanti

18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
ligth

19. What age do you want to get married?
25

20. Describe your ideal huband/wife
laki yg muncul ngan bunga ros putih n merah..hahah tak de lah..entah...

21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
pakai tgn la...

22. Champagne or red wine?
tak moo...uisss no no..

23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
after the wedding..terus cabut lari..hahaha

24. Money or household item?
household

25. Who will pay for the bill?
my future husband..heheh pair la...same2..kan kawin tu berkongsi hidup

26. Are you ready for married life?
maybe..kalau jodoh dtg mase ni ..terima je..pasrah..

27. will you always be true to your wife/housband?
insyaAllah...

28. How many kids do you like to have?
nak 7..sb suka sgt no 7

29. A new house for a newly wed or and old one?
tak kisah

30. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
tembaga weding..hehe..suka diamond

31. What kind of cuisine would you like for your wedding?
pulut kuning...hehehe

32. Will you record your honeymoon in a cd or dvd?
dvd...tak cukup tambah cd gak

33. Whose wedding plans would you like to know next? choose 5 person.
x tauu..hehe

al kisah

Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.


Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar
untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.



Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.


Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.


Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.


Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."
Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah..
Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.


Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku."

Leman buat, perlahan sekali.


"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.


"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.


"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya .


Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa ? Lu pikirla sendiri he he...
-

Friday, January 16, 2009

selembut sutera kasihmu untuk ku



lagu ni cukup popular sekitar th 2000 ..n lagu ni pernah jadi lagu tema sebuah drama rtm 1..mase tu aku baru form 2..tapi citer tu ade memberi msg2 positif jugak kat aku..dlm citer tu menunjukkan pengorbanan seorg isteri untuk suaminya..si isteri die sgt penyabar walaupun husband die dah berubah..dah tak care die lagi..isteri tak de tempat nak meluah perasaan,, berkongsi,..brbual..bile balek keje ke,.isteri tu sibuk uruskan tangungjawab rumahtangga tapi suami die kuar..ngan pompuan lain..isteri tu tahu tapi isteri tu tak melenting pun..sebaliknya die sabar..die berdoa..last2 suami die insaf kot..tak berpe ingat dah...last2 baru die sedar..tapi isteri die mase tuu tengah sakit.....n ...